Monday, July 18, 2011

Jangan berhasad dengki

Posted by rahayuHaiyub at 8:49 PM
Larangan berhasad dengki
terjemahan hadis:
sabda rasulullah s.a.w, tidak di benarkan berhasad dengki kecuali pada dua perkara sahaja iaitu seorang yang di kurniakan oleh Allah hartabenda maka ia membelanjakannya pada jalan yang benar dan seorang dikurniakannya ilmu pengetahuan lalu ia mencari kehidupan dengannya dan ia mengajarkannya.


Huraian hadis
satu daripada sifat buruk yang dikutuk oleh agama dan masyarakat ialah"hasad" iaitu perasaan tidak senang hati dengan kelebihan-kelebihan yang dicapai oleh seorang lain dan ia berusaha pula untuk menghapus dan melenyapkan kelebihan-kelebihan itu daripadanya.

Sifat hasad ini amatlah keji sekali kerana ia boleh mendatangkan akibat buruk bukan sahaja kepada orang yang dengki, bahkan kepada masyarakat seluruhnya, kerana segala kebaikan akan lenyap dan terhapus. Dalam hadisnya yang lain pula Rasulullah bersabda

Ertinya: Sifat hasad itu boleh memakan segala kebaikan seorang bagaimana api membakar kayu api

Satu sifat lain yang bertentangan dengan hasad ini ialah sifat "GHIBTOH"..
iaitu seorang yang bercita-cita dan berusaha untuk mendapatkan kelebihan-kelebiahn seperti mana yang didapati oleh orang lain tanpa ia berniat untuk menghancurkannya. sifat ini amatlah terpuji dan dikehendaki ada pada tiap-tiap orang, kerana dengannya boleh mendatangkan kebaikan dan kemajuan hidup.

Dalam hadisnya di atas Rasulullah menjelaskan bahwa seorang yang dikurniakan harta kekayaan dan ia telah menggunakan harta itu pada jalan-jalan yang benar, seperti untuk menunaikan haji, mmbayar hutang dan untuk jalan-jalan yang memberi faedah seperti membina rumah anak yatim, rumah orang tua, orang cacat dan lainnya. Kemudain ada orang lain yang hendak mendapatkan harta kekayaan seperti itu untuk digunakan pada jalan-jalan yang baik juga maka keadaan seperti itu tidak dikatakan hasad dengki bahkan dikatakan yang sangat digalakkan, demikian juga halnya dengan seorang yang dikurniakan ilmu pengetahuan dan ia telah menjalani kehidupan dengan ilmu pengetahuan yang didapatinya itu dan mengajar orang lain pula.

Oleh yang demikian tiap-tiap orang islam hndaklah menjauhkan diri daripada hasad dngki, dan sebaliknya hendaklah ada sifat "GHIBTOH"

Pengajaran hadis:
  1. kita mesti menjauhkan diri kita daripada sifat-sifat buruk seperti hasad dengki dan sebagainya.
  2. kita dikehendaki berusaha dengan bersunggh-sungguh untuk mendapatkan kekayaan dan pengetahuan sebagaimana yang didapati oleh orang lain.


fikir-fikirkanlah dan selamat beramal!!!
 
 

0 comments:

Post a Comment

 

ceritasaya Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template and web hosting Graphic from Enakei